Polis Nafi Sahkan M. Vasanthapiriya Mencuri Iphone Cikgunya. (Dengan Kemaskini).

14:56
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah yang diperoleh polis menunjukkan pelajar tingkatan dua yang membunuh diri tempoh hari, mencuri telefon bimbit gurunya.
Namun sumber polis yang mengesahkan maklumat itu enggan mengulas lanjut kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan. Sebaliknya, dia meminta semua pihak menunggu proses inkues yang akan dijalankan lapor Berita Harian.

Difahamkan, guru berkenaan sebelum ini sudah mengetahui perkara itu selepas melihat rakaman CCTV sekolah dan bertanyakan kepada pelajar berkenaan yang enggan mengakuinya.
Polis juga sebelum ini sudah menyiapkan tiga kertas siasatan berhubung kes itu dan menyerahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Bagaimanapun, kertas siasatan terbabit dipulangkan kepada polis untuk ditambah keterangan beberapa saksi.
Pelajar perempuan sekolah menengah dekat Nibong Tebal itu kemudian dipanggil empat guru yang bertanyakan perbuatannya mengambil iPhone milik seorang daripada guru berkenaan.
Pelajar terbabit tidak mengaku tuduhan itu dan bertindak menggantung diri ketika berada di rumahnya pada 24 Januari lalu, sebelum meninggal dunia ketika dirawat di hospital pada 1 Februari.

Dalam perkembangan berkaitan, The Malaymail Online melaporkan pihak polis tidak pernah mengesahkan bahawanya remaja yang membunuh diri itu mencuri telefon bimbit milik cikgunya.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A.Thaiveegan berkata siasatan masih dilakukan dan pihak polis tidak boleh mengesahkan apa-apa setakat ini kerana rakaman CCTV perlu dihantar ke unit forensik untuk siasatan terperinci.

"Kita perlukan bantuan pakar forensik bagi mengesahkan rakaman memandangkan kualiti video yang rendah. Sehingga itu kita tidak boleh berikan apa-apa komen. 

Setakat ini apa sahaja yang ditulis, dilapor, yang dikata oleh mana-mana pihak tidak akan disahkan (kebenarannya), " katanya kepada media itu. - SoZPress.

Share this :

Previous
Next Post »
0 Komentar

Penulisan markup di komentar
  • Silakan tinggalkan komentar sesuai topik. Komentar yang menyertakan link aktif, iklan, atau sejenisnya akan dihapus.
  • Untuk menyisipkan kode gunakan <i rel="code"> kode yang akan disisipkan </i>
  • Untuk menyisipkan kode panjang gunakan <i rel="pre"> kode yang akan disisipkan </i>
  • Untuk menyisipkan quote gunakan <i rel="quote"> catatan anda </i>
  • Untuk menyisipkan gambar gunakan <i rel="image"> URL gambar </i>
  • Untuk menyisipkan video gunakan [iframe] URL embed video [/iframe]
  • Kemudian parse kode tersebut pada kotak di bawah ini
  • © 2015 Simple SEO ✔