Lapor Harian Metro, Hamdan Abd Hamid, 39, berkata, pelanggan terbabit mungkin salah faham kerana dakwaan harga tinggi bagi sepinggan kubis berkenaan adalah tidak benar.
“Sayur (kubis) yang diambil hanya dikira RM2.30, mungkin dia salah dengar RM23 itu adalah untuk kobis goreng. Mana boleh sayur, nasi dan telur masin dikenakan harga sebegitu.
“Asam pedas untuk bahagian ekor kebiasaan antara RM25 hingga RM28, ikan jenahak atau merah sedia maklum mahal dan kepala pula RM40, jadi apa yang dibayar adalah jumlah yang betul,” katanya yang turut mengakui terkejut apabila mengetahui premisnya menjadi tular di laman sosial.
Insiden itu menjadi bualan hangat netizen apabila status dan video berdurasi 14 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebook pada Rabu lalu mendapat pelbagai reaksi, termasuk ada yang mengecam pemilik kedai makan berkenaan.
Individu terbabit meluahkan rasa kesal apabila dia dan rakannya berkunjung ke negeri ini dan singgah makan tengah hari di kedai asam pedas berkenaan lalu dikenakan caj dianggap mahal sehingga RM120 untuk empat orang.
Menurutnya, dia bersama empat rakannya mengambil lauk asam pedas secara berasingan, masing-masing tiga bahagian ekor, kepala ikan yang dibelah dua, sayur kobis serta tiga pinggan nasi dan air (TV14).
0 Komentar
Penulisan markup di komentar