Oleh : Medical Mythbuster Malaysia
SURAT TERBUKA UNTUK DYMM SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR DAN TUANKU PERMAISURI JOHOR
Ampun Tuanku,
Terlebih dahulu kami memohon ampun sekiranya kehadiran surat ini tidak mengikut adat dan cara yang selayaknya antara Raja dan rakyat. Namun ada perkara yang benar-benar memerlukan perhatian segera dari Tuanku berdua selaku payung negeri ini.
Ampun Tuanku,
Pada beberapa hari lalu, negara dikejutkan sekali lagi dengan sebuah kes yang kecoh di media sosial berkenaan kematian seorang bayi yang dilahirkan di rumah. Malang sekali, tragedi menyayat hati ini terjadi di dalam negeri di bawah naungan Tuanku.
Gambar Hiasan |
Dari dapatan awal, kami mempunyai bukti-bukti yang agak membimbangkan yang memberi gambaran bahawa kematian tersebut berpunca dari kegagalan ibubapa bayi berkenaan mendapatkan rawatan di hospital ketika bersalin, kerana terpengaruh dengan dakyah dan hasutan pihak tertentu.
Pihak tertentu yang dimaksudkan adalah sekumpulan individu tertentu yang menggunakan gelaran doula, aktif mempromosi kelahiran alami. Kelahiran alami adalah kelahiran tanpa campurtangan doktor, tanpa campurtangan perubatan jika kandungan bermasalah, serta satu ideologi bahawasanya, kelahiran boleh dilakukan dimana-mana hatta tanpa pemantauan petugas perubatan yang terlatih.
Ajaran ini bertentangan dengan prinsip perubatan yang mana setiap kandungan mestilah menjalani penilaian risiko oleh pasukan perubatan, dan setiap kelahiran mestilah dilakukan di dalam suasana yang selamat serta hendaklah dihadiri oleh kakitangan perubatan yang bersiap-siaga sekiranya terjadinya sebarang komplikasi.
Lebih menyayat hati Tuanku, kes yang berlaku baru-baru ini, dan bukannya kes pertama sepertinya, sebaliknya semenjak beberapa tahun kebelakangan ini sudah ada beberapa kes kematian ibu dan anak, serta kes komplikasi akibat ibubapa yang terpedaya memilih untuk melahirkan anak tanpa pengawasan perubatan. Cumanya kes-kes ini tidak mendapat liputan di media. Mereka terlindung disebabkan kekangan dari pihak hospital untuk mendedahkannya atas faktor privasi dan etika kerahsiaan pesakit.
Akibatnya kumpulan-kumpulan doula ini tetap masih aktif bermaharajalela mempromosi kegiatan mereka, mengadakan kelas-kelas bersalin di seluruh negara. Di Johor juga, mereka bergerak bebas dengan sewenang-wenangnya. Bayaran yang mereka kenakan untuk ibu-ibu mengandung untuk menghadiri kelas mereka tidak masuk akal harganya.
Gambar Hiasan - Google |
Secara umumnya kita menyokong diadakan kelas-kelas sokongan sedemikian, namun yang menjadi masalah apabila doula-doula ini mula mengeluarkan pendapat perubatan dan mempengaruhi ibu-ibu yang kita di pihak perubatan sudah sahkan berisiko tinggi untuk bersalin. Mereka juga aktif mempengaruhi ibu-ibu untuk menolak vaksin, menolak pemeriksaan kesihatan berkala yang dilakukan di klinik kesihatan seperti ujian air gula dan ultrasound.
Ampun Tuanku,
Malangnya dari sudut perundangan, tidak ada cara yang boleh kita ambil untuk mereka ini dikenakan tindakan. Ini kerana mereka tidak memperkenalkan diri mereka sebagai doktor atau bidan kepada pelanggan mereka. Mereka ini juga tidak pernah diiktiraf oleh mana-mana badan autoriti termasuklah KKM. Bagi kes-kes kematian dan kecelakaan yang berlaku pula, mereka memberikan alasan komplikasi tersebut terjadi akibat pilihan ibubapa sendiri.

Kes di Johor ini sudah tersebar luas di media sosial. Seorang bayi yang sepatutnya selamat dilahirkan ke dunia, namun akibat tindakan ibubapanya yang dikhabarkan sudah dipesongkan pemikirannya oleh seorang doula, bayi itu sudah tiada lagi. Kami sebagai pengamal perubatan merasakan kes sebegini sangat mendukacitakan kerana sekiranya kelahiran tersebut dilakukan di fasiliti kesihatan yang lengkap, pastinya keadaan akan berbeza sama sekali.

Negeri Johor kini sedang berkembang pesat dan maju di bawah naungan Tuanku. Namun kehadiran pihak begini, seakan-akan mahu mengundurkan masa dan kembali ke zaman sebelum merdeka dengan dakyah songsang mereka. Kami para pengamal perubatan berpendapat, tidak selayaknya negeri Johor yang serba moden di bawah mahkota Tuanku mempunyai amalan-amalan primitif seperti ini.

Sebagai Sultan yang berjiwa rakyat, dikasihi dan disegani oleh setiap lapisan Bangsa Johor, kami merendah diri, merafak sembah memohon semoga Tuanku membantu kami sebagai para pengamal perubatan yang bergiat aktif di media sosial untuk menyedarkan masyarakat tentang kemudaratan yang sedang berleluasa ini.
Ketegasan Tuanku di dalam isu pengharaman vape di Johor misalannya menjadi contoh terpuji yang kami junjung dan sanjung, betapa kebijaksanaan tidak terperi Tuanku di dalam soal kesihatan rakyat. Kami pohon Tuanku bantu juga kami dalam isu ini bagi menghentikan kehilangan nyawa yang tidak berdosa.
Tuanku payung negeri lah tempat rakyat seperti kami mengadu nasib dan mengharapkan pembelaan.
Tuanku payung negeri lah tempat rakyat seperti kami mengadu nasib dan mengharapkan pembelaan.
Kami mengharapkan sokongan Tuanku supaya penyiasatan menyeluruh, terperinci dan telus dapat dilakukan ke atas kes yang berlaku ini oleh pihak berkuasa. Kami tidak sanggup lagi mendengar kes seumpamanya berlaku ke atas sesiapa pun. Seorang bayi kehilangan nyawanya. Seorang ibu yang berpantang tanpa kehadiran bayinya. Seorang ayah yang dilanda kesedihan kerana pemergian warisnya.
Ampun Tuanku,
Atas inisiatif kami sendiri, kami di Medical Mythbuster Malaysia (M3) mengusulkan kempen #SayNoToUnsafeBirth di media sosial bagi memastikan pasangan muda dan ibu-ibu mengandung, sentiasa berhati-hati dalam menerima pendapat perubatan dan sentiasa meletakkan keselamatan sebagai prioriti utama. Kami mahu timbulkan kesedaran bahawa bahaya kelahiran tidak selamat ini memang nyata, serta kesannya sangat buruk.

Semoga dengan keprihatinan Tuanku sebagai Sultan dan Permaisuri Negeri Johor, kita dapat menyekat kewujudan anasir yang berniat jahat yang sedang meresap di kalangan rakyat Tuanku khususnya dan gemanya sampai ke seluruh pelusuk negara.
Kami bersedia mengadap Tuanku sekiranya diarahkan memberikan perincian lanjut berkenaan soal ini.
MEDICAL MYTHBUSTER MALAYSIA
0 Komentar
Penulisan markup di komentar