Apabila timbul isu kematian bayi angkara doula baru-baru ini, jujurnya, ianya bagaikan deja vu bagi saya. Kerana saya pernah lalui benda ni sejak kes arwah Amy Karmila tahun 2013. Rasa geram, rasa marah, rasa tak puas hati, rasa sewajarnya doula yang terlibat dikenakan tindakan. Dan saya cuba sedaya upaya, pada ketika itu, dibawah kapasiti saya untuk menulis. Saya tulis. Saya educate rakan-rakan facebook. Saya raise awareness. Saya contact pengasas ajaran doula AMANI sendiri, minta penjelasan.
Gambar - Mohd Syamirulah Rahim |
Saya sebut, bahawa doula-doula ini selagi dibiarkan bebas tanpa regulasi, kes kematian ini bukan yang terakhir.
Dan memang betul pun. Selepas kes arwah Amy Karmila, ada beberapa lagi kes lain. Sehinggalah yang terbaru ini. Angkara doula juga. Bila terjadi kes yang baru ini, saya tidak lagi marah dan emosi seperti dahulu. Sebaliknya saya jadi "numb". Saya rasa macam.. buat apa kita susah-susah educate orang awam pasal benda ni? Benda ni pilhan mak bapak sendiri kan? Kalau mak bapak tu dah bodoh sangat beri kepercayaan kepada doula, sampai hilang nyawa, padan muka diorang lah kan? Ini yang ibu-ibu nak, kan, a beautiful birth, oxytocin meletup-letup katanya?
Hari ini, saya berhubung dengan keluarga arwah Amy Karmila. Sempat berbual sekejap. Dan saya melihat gambar anak arwah Amy Karmila. Sudah berumur lima tahun. Comel, sedang menziarahi pusara ibundanya. Bondanya yang meninggal dunia, ketika melahirkannya.
Saya rasa bagaikan diketuk. This, is the reason. This is why, we are doing this. This is why we make a big noise about kematian disebabkan unsafe birth. Luluh hati saya melihat seorang gadis comel berusia 5 tahun, menabur mawar di pusara ibunya. Gadis comel yang tak pernah merasai belaian kasih sayang ibunya, tak pernah berkesempatan merasai air susu ibunya sendiri. Kenapa? Kerana ajaran doula yang melampaui batas, memandai-mandai menghasut ibubapa untuk bersalin secara bahaya!
Kalau bukan kami doktor-doktor yang bangun nak bela nasib gadis seperti ini, siapa lagi? Bayi yang meninggal dua hari lepas selepas dikandung 9 bulan, siapa yang nak tegakkan justice untuk dia? Ibubapa? Dah terlambat, terpengaruh dek doula. Doula? Cabut lari edit facebook hide semua post!
U can mark my words.. doula, sebutir habuk pun dia tak peduli pada bayi ini. Dia tak peduli pun apa jadi kat anak korang. Dia tak peduli pun pada outcome. Sebab kalau dia peduli, dia akan suruh korang buat pilihan yang SELAMAT. Dia akan suruh korang PERGI HOSPITAL. Dia akan suruh korang TANYA DOKTOR. Kalau betul dia ikhlas nak tolong korang, doula tu sendiri akan TEMAN KORANG jumpa doktor.
So rest assured, jangan harap la kami para doktor akan biarkan doula-doula tidak bertauliah terus berleluasa menipu dan menghasut para ibu. Kami akan terus-terusan mendedahkan kepada orang awam, akan kebobrokan kalian. Sedangkan guru kalian sendiri Aisha Al-Hajjar dah tegaskan, DOULA TIDAK BOLEH OFFER MEDICAL ADVICE, tapi sebab doula seperti korang yang MELAMPAUI BATAS, menyebabkan KEMATIAN.
Allah itu Maha Adil. Jangan kalian ingat Dia tak dengar doa dari anak kecil seperti ini!
0 Komentar
Penulisan markup di komentar