Saya jarang bercerita perihal pesakit sebab saya bukan orang yang selayaknya untuk bercerita.. Tapi hari ini saya nak kongsi sikit sebab saya rasa penting untuk pengajaran kita bersama..
Khamis lepas ada seorang pakcik lingkungan umur 50an dimasukkan ke ICU disebabkn pendarahan perut & usus.. Datang ke hospital sebab batuk dan berak berdarah di rumah. Kami bagi ubat yang berharga rm beribu-ribu dengan harapan pendarahan berhenti..
Bila ditanya anaknya, anaknya bagitahu ayahnya sudah berbulan-bulan gemar membeli supplement, kopi campuran, teh herba etc melalui online untuk tujuan kesihatan. Hari ini saya datang nak follow up, rupanya sudah meninggal semalam. Ok saya tinggalkan bed tu, ikut specialist round.
Sampai-sampai je saya kat katil seterusnya, specialist bagitahu saya "Pah patient ni makan Sibutramine". Saya pun terpinga-pinga jap (setahu saya Sibutramine tu haromm) tak boleh jual..
Gambar Hiasan |
Pesakit wanita 30an, sudah berbulan-bulan sesak nafas, bengkak kaki dan dengan simptom-simptom lain kegagalan fungsi jantung, bila ditanya suami, pesakit makan beberapa produk menguruskan badan..
Salah satu adalah Sibutramine yang sudah diharamkan penggunaannya. Beli daripada kawan dan si isteri itu tahu yang ubat itu adalah bahaya tapi tetap makan secara sorok-sorok dari suami.. bila dibuat medical investigation, otot jantung pesakit sudah menebal menyebabkn kegagalan jantung serta komplikasi lain cardioembolic stroke & kegagalan buah pinggang.
Produk yang dia makan buatan negara seberang tu terang-terang claim ada Sibutramine, senang kita detect.. Di pasaran kita, berlambak-lambak produk menguruskan badan yang mengandungi Sibutramine berselindungkan topeng herba, topeng acai beri tu camne pulak.
Saya nak pesan, kalau anda makan produk-produk kurus ni, kalau rasa berdebar-debar, pening, berpeluh, tekanan darah tinggi, penat, sesak nafas ke, itu bukan maknanya kadar metabolisma anda meningkat, tu maknanya anda kena insof dan segera jumpa doktor..
Gambar Hiasan |
Jangan sempat jadi arwah dulu. Dulu saya pernah cerita tentang ubat Tranexamic Acid (ubat untuk hentikan pendarahan) dijual berleluasa di Facebook untuk putihkan kulit dan kesan-kesan jangka panjang. Hari ini saya dapat screenshot iklan supplement yang perlu diberikan kepada anak-anak seawal umur 6 BULAN supaya kulit anak glowing.
Soalan saya : kegilaan apakah masyarakat kita?
Soalan saya : kegilaan apakah masyarakat kita?
0 Komentar
Penulisan markup di komentar