Tumbuk OKU Sampai Pengsan, Pengawal Keselamatan Ditahan Polis.

00:17
Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang pengawal keselamatan menumbuk seorang lelaki sehingga pengsan. Video itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.



Pengawal Keselamatan itu dikatakan bertugas di sebuah pasaraya di Tumpat dipercayai terbabit dalam rakaman video yang tular di laman sosial itu telah direman empat hari sehingga 23 Mac ini, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, suspek berusia 26 tahun telah ditahan reman sejak semalam selepas tangkapan dibuat.

Tambah Ab Rashid lagi, mangsa seorang orang kurang upaya (OKU) berusia 42 tahun adalah pekerja di pasaraya yang sama dengan suspek.

"Siasatan awal mendapati punca berlaku kes tumbuk itu disebabkan mereka berdua  ada selisih faham.

"Rakaman kamera litar tertutup ( CCTV) kes tumbuk  itu tular di media sosial hari ini tetapi kes ini berlaku hari Isnin lagi.

"Pihak polis sudah mengambil tindakan dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Menurutnya, kejadian  itu berlaku kira-kira jam 6.24 petang pada Isnin lalu apabila pengawal keselamatan terbabit telah menumbuk muka mangsa.

"Mangsa ditumbuk dan dipijak  oleh pengawal keselamatan terbabit menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri.


"Mangsa kini dirawat di Hospital Tumpat, terdapat kesan tumbukan dan darah di bahagian muka manakala dibahagian belakang kepala alami bengkak akibat hentakkan ke lantai semasa jatuh," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Share this :

Previous
Next Post »
0 Komentar

Penulisan markup di komentar
  • Silakan tinggalkan komentar sesuai topik. Komentar yang menyertakan link aktif, iklan, atau sejenisnya akan dihapus.
  • Untuk menyisipkan kode gunakan <i rel="code"> kode yang akan disisipkan </i>
  • Untuk menyisipkan kode panjang gunakan <i rel="pre"> kode yang akan disisipkan </i>
  • Untuk menyisipkan quote gunakan <i rel="quote"> catatan anda </i>
  • Untuk menyisipkan gambar gunakan <i rel="image"> URL gambar </i>
  • Untuk menyisipkan video gunakan [iframe] URL embed video [/iframe]
  • Kemudian parse kode tersebut pada kotak di bawah ini
  • © 2015 Simple SEO ✔