Kes Kematian Disyaki Difteria Di Sarawak Kerana Keluarga Menolak Vaksinasi.

23:57
Kenyataan Media

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes kematian disyaki difteria di Miri, Sarawak pada 14 Mac 2018. Kes merupakan seorang kanak – kanak berumur 2 tahun 5 bulan dan tidak mendapat pelalian bagi difteria sejak lahir. Siasatan awal mendapati keluarga kes ENGGAN mendapatkan pelalian atas dasar kepercayaan agama. Beliau mula mengalami gejala demam, batuk, selesema dan kesukaran bernafas 7 hari sebelumnya.
Sepanjang tahun 2017, 32 kes positif difteria telah dilaporkan di seluruh Malaysia dengan 7 (22%) kematian. Majoriti (75%) dari kes dan kematian ini adalah dari komuniti yang menolak pelalian.

Pemberian pelalian difteria yang lengkap pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan mampu mencegah dari penyakit ini. Sekiranya kanak-kanak tidak diberikan pelalian difteria ini, mereka boleh dijangkiti bakteria Corynebacterium diphtheria yang disebarkan melalui titisan cecair pernafasan dan menjangkiti tekak (tonsil dan farink). Bakteria ini akan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan kanak-kanak ini sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis). Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi.
Sekali lagi, KKM ingin menegaskan bahawa pelalian difteria yang lengkap mampu mencegah jangkitan ini dan sekiranya dijangkiti, gejala adalah ringan dan tiada komplikasi. Justeru, ibu bapa dan masyarakat diseru untuk memastikan anak-anak di bawah umur 7 tahun diberikan imunisasi yang lengkap. Sekiranya terlepas tarikh, atau belum mendapat pelalian yang lengkap, segeralah ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan pelalian. KKM ingin mengingatkan sekiranya terdapat tanda dan gejala seperti demam, sakit tekak / kesukaran menelan, atau bengkak leher, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »
0 Komentar

Penulisan markup di komentar
  • Silakan tinggalkan komentar sesuai topik. Komentar yang menyertakan link aktif, iklan, atau sejenisnya akan dihapus.
  • Untuk menyisipkan kode gunakan <i rel="code"> kode yang akan disisipkan </i>
  • Untuk menyisipkan kode panjang gunakan <i rel="pre"> kode yang akan disisipkan </i>
  • Untuk menyisipkan quote gunakan <i rel="quote"> catatan anda </i>
  • Untuk menyisipkan gambar gunakan <i rel="image"> URL gambar </i>
  • Untuk menyisipkan video gunakan [iframe] URL embed video [/iframe]
  • Kemudian parse kode tersebut pada kotak di bawah ini
  • © 2015 Simple SEO ✔